Saturday, 20 December 2014

SK.PG.JAYA KG PIMPING MEMBAKUT



                                         
Allahyarham Pengiran Jaya


 SK.PG.JAYA KG PIMPING MEMBAKUT 



Sekolah kebangsaan Pengiran Jaya Pimping pada mulanya diberi nama SRK Kg. Pimping. Sekolah ini telah didirikan di tengah-tengah Kampung Pimping di atas tanah yang rata seluas 2.94 ekar. Ia mula didirikan pada tahun 1946. Boleh dikatakan sekolah ini didirikan dengan serba sederhana sahaja, kerana atapnya diperbuat daripada daun rumbia, tiang nibong dan dindingnya daripada pelapah rumbia, tidak berlantai hanya bermeja panjang. Didirikan hanya setakat dua buah bilik darjah menampung seramai 33 orang murid dengan dua orang guru.
Guru yang pertama sekali di sekolah ini ialah En. Abd. Wahid Osman dan En. Parman Hassan dan gaji mereka dibayar oleh Colony of North Borneo. Pengasas sekolah ini ialah seorang tokoh yang berpengaruh dan namanya memang terkenal di Kg. Pimping di ketika itu. Beliau ialah Tuan Haji Pengiran Jaya bin Pengiran Besar dan O.T Awang Piut bin Pengiran Sulaiman.
Semasa hendak mendirikan sekolah di kampung ini, tempat mendirikan atau tapaknya belum ada, dengan budi bicara yang ikhlas sekali lagi pengasas sekolah tersebut Tuan Hj. Pengiran Jaya bin Pg. Besar menghadiahkan sebidang tanah seluas 2.94 ekar N.T 5176 II. Tanah yang dihadiahkan oleh beliau ini telah dijadikan sebagai tapak bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian jasa-jasa yang beliau taburkan tidak sepatutnya dilupakan walaupun sampai bila-bila masa sekalipun. Memandangkan kepada jasa-jasa yang dicurahkan oleh beliau itu, maka Sekolah Rendah Kerajaan Kg. Pimping, Membakut pada dulunya telah diubah dan diberi nama SK. Pengiran Jaya Pimping Membakut pada 16 Januari 1982.
Pada masa itu, rumah untuk kediaman guru-guru belum ada, dan semua guru yang mengajar di sekolah ini, terpaksa menyewa rumah orang kampung. Pada tahun 1947 murid sekolah ini meningkat kepada 53 orang dan seterusnya pada tahun 1948 murid meningkat lagi sejumlah 110, sedangkan guru pada masa itu hanya dua orang saja belum bertambah lagi. Kerja-kerja menambah bangunan sekolah telah diusahakan dengan giatnya melalui gotong royong, dengan usaha yang gigih dari pengasas sekolah ini, maka guru yang mengajar pun ditambah kepada empat ornag dan bilik darjah meningkat kepada empat buah sehinggalah tahun 1951.
Pada tahun 1952 kerajaan pada masa itu telah mendirikan sebuah bilik darjah dan sebuah rumah guru jesteru pada tahun 1953 kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada tahun berikutnya kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada awal tahun 1955 bilik darjah yang dibangunkan oleh kerajaan menjadi lima buah dan rumah guru menjadi lima buah. Pada tahun 1958 sebuah bilik darjah ditambah lalu meningkat kepada enam buah dengan pertambahan murid yang makin meningkat. Pada tahun itu murid sekolah ini meningkat kepada 172 orang dan guru meningkat kepada lima orang.
Dari tahun 1958 hinggalah ke tahun 1977 tidak ada pembangunan atau projek yang dilaksanakan di sekolah ini, tetapi jumlah murid makin meningkat dari tahun ke setahun. Dalam tahun 1977 rekod pertambahan murid mencapai ke 349 orang dengan guru yang mengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1978 sebuah sekolah yang sangat kukuh (konkret) telah dibangunkan dengan kelengkapannya sekali yang mengandungi 8 buah bilik darjah selain daripada pejabat guru besar, pejabat dan stor , tandas guru-guru dan ktbm serta api dan air juga dibekalkan.
Pada ketika itu jumlah murid meningkat kepada 373 orang, dan terpaksa lagi menggunakan kelas dua sidang, kerana bilangan murid semakin meningkat. Pada tahun 1983 sebuah lagi bangunan sekolah yang serba lengkap dan moden telah didirikan untuk menggantikan bangunan yang lama setinggi 2 tingkat mengandungi 9 buah bilik termasuk bilik pusat sumber, bilik klinik pergigian, bilik sains dan bilik RTP, di samping beberapa buah stor juga dibuat. Kedua-dua bangunan yang konkrit ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan sekarang masalah kekurangan bilik darjah tidak timbul lagi.

 Bilik Guru Sk Pengiran Jaya



 Guru-guru bersama kakitangan Sk Pengiran Jaya

SENARAI NAMA KETUA KAMPUNG PIMPING DARI DULU SAMPAI SEKARANG


Asal usul nama Kg Pimping telah diketahui .. Sekarang ketua kampungnya pulaa ..^_^


SENARAI NAMA KETUA KAMPUNG PIMPING DARI DULU SAMPAI SEKARANG

1.  OKK. TARSHAD
2.  PENGIRAN DAMIT
3.  PENGIRAN SULAIMAN
4.  PG. BESAR BIN PG. TAJUDDIN
5.  PENGIRAN JAYA BIN PG. BESAR
6.  PENGIRAN PIUT BIN PG. BINTING
7.  PENGIRAN SALAM BIN PG. JAYA
8.  PENGIRAN ALI / ORANG TUA ALI BIN ALIP
9.  ORANG TUA YAAKUB BIN MOMIN
10. ORANG TUA AMIN
11. TN. HJ. MATUSIN MAT JAI
12. TN. HJ. ABDULLAH KAFI
13. TN.HJ. JAILANI AG. BESAR
14. TN. HJ. ISMAIL MAUN
15. TN. HJ.MATUSIN MAT JAI
1.  OKK. TARSHAD
2.  PENGIRAN DAMIT
3.  PENGIRAN SULAIMAN
4.  PG. BESAR BIN PG. TAJUDDIN
5.  PENGIRAN JAYA BIN PG. BESAR
6.  PENGIRAN PIUT BIN PG. BINTING
7.  PENGIRAN SALAM BIN PG. JAYA
8.  PENGIRAN ALI / ORANG TUA ALI BIN ALIP
9.  ORANG TUA YAAKUB BIN MOMIN
10. ORANG TUA AMIN
11. TN. HJ. MATUSIN MAT JAI
12. TN. HJ. ABDULLAH KAFI
13. TN.HJ. JAILANI AG. BESAR
14. TN. HJ. ISMAIL MAUN
15. TN. HJ.MATUSIN MAT JAI


Sejarah Kampung Pimping

ASSALAMUALAIKUM ....
                                 
                                        Sejarah Awal Kampung Pimping
 
Kampung Pimping merupakan sebuah penempatan suku kaum Brunei dalam Daerah Membakut. Dengan kepadatan penduduk melebihi 8000 orang dan mempunyai keluasan 7 batu persegi, iaitu hampir meliputi setengah daripada keluasan Daerah Membakut, Kampung Pimping dianggap sebagai sebuah kampung yang mempunyai penduduk teramai sekali serta antara kampung yang terbesar dalam Negeri Sabah. Selain daripada suku kaum Brunei, terdapat juga beberapa suku lain yang menetap di kampung ini, seperti kadazan/dusun, Cina, Paitan, Pagan dan lain-lain lagi.

Berdasarkan temubual bersama Pn.Hajjah Mariam Hj. Abdullah, 90 tahun, sejarah awal penempatan suku kaum Brunei di Kampung Pimping ini adalah bermula di ‘rumah lama’ iaitu sebuah kawasan yang berhampiran dengan sawah padi. ‘Rumah lama’ telah dibuka oleh Orang Kaya Tarsad (seorang pembesar Brunei) yang kemudiannya menjadi ketua kampung rumah lama ketika itu. Setelah beberapa lama mereka menetap di rumah lama ini, mereka telah digemparkan dengan serangan wabak penyakit (menurut satu pendapat mengatakan wabak taun dan ada juga sebilangan pendapat yang mengatakan wabak cacar). Wabak ini berlanjutan sehinggalah menyebabkan kematian Orang Kaya Tarsad serta ramai lagi penduduk kampung. Pengiran Damit kemudiannya mengambil alih jawatan Orang Kaya Tarsad sebagai Ketua Kampung. Namun, wabak tersebut masih lagi berleluasa.

Tuan Arbing mencadangkan agar penduduk kampung berpindah ke tempat lain. Setelah keputusan dibuat sebulat suara, maka Tuan Arbing pun mencari kawasan untuk dijadikan penempatan mereka yang baru. Akhirnya Tuan Arbing menemui sebuah kawasan semak yang luas dan rata serta sesuai untuk dijadikan penempatan. Setelah kawasan tersebut dibuka, maka ramailah penduduk kampung rumah lama berpindah ke kawasan tersebut dan terus menetap di sana.

Menurut sejarahnya, perkataan ‘Pimping’ adalah diambil daripada perkataan dusun sempena nama sejenis rumput atau lalang yang tumbuh dengan meliar di penempatan baru itu. Kisah tentang sejarah awal Kampung Pimping ini ada tercatat dalam syair brunei yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Moksin Said (seorang tokoh budayawan Kampung Pimping) 



Ni adalah syair bagaimana Kampung Pimping diberi nama yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Moksin ^-^





MENGAPA KG. PIMPING DIBERI NAMA

BISMILAH INI MULA NYA DI KATA
HALHAMDULILLAH MENGIKUTLAH SYARAT
BERKAT SYAFAAT PENGHULU KITA
KERTAS DAN DAKWAT BUAT CERITA

KISANYA DIBUAT MULANYA PERTAMA
INGATAN KG. DIRUMAH LAMA
SESEORANG AMPUNYA NAMA
TAHUN 12 ITULAH LAMA

JADI KETUA  ORANG KAYA TERSHAT
DARI BERUNEI BUKANNYA SESAT
BELIAU TERPILIH MENDAPATNYA PANGKAT
KUASA KAMPUNG JAUH DAN DAKAT

KETUA DAHULU BUKANNYA SOMBONG
RUMAHNYA DI AIR BERSAMBUNG-SAMBUING
SAMA BUATAN BALAHNYA BUBUNG
RATA BARISNYA TIANGNYA NIBUNG

RUMAH DAHULU RATA BERJUNTUN
SEHINGGAH SAMPAI PANGKALAN KABUN
DAHULU RAJIN RAMAI BERDUDUN
BERCAMPUR DENGAN ORANGNYA DUSUN

DIRUMAH LAMA ADANYA MASJID
ORANGNYA BANYAK BUKAN SEDIKIT
DIMASA ITU MUSIM PENYAKIT
ORANG KAYA TERSHAD PUN JATUH SAKIT.







 KETUA KAMPUNG

SAKIT BELIAU BERTAMBAH BERAT
MAKIN SEHARI MAKINNYA KUAT
HENDAK PUN MAKAN TIADA LARAT
ALAMAT NYAWA PULANG AKHIRAT

SAKIT BELIAU SUDAHLAH PASTI
AKHIRNYA SAMPAI MEMBAWA MATI
SEKALIAN ORANG BERSUSUAH HATI
PENGIRAN DAMIT PULA MENGANTI

DIGANTI OLEH PENGIRAN DAMIT
DAHULU BELUM ADA RUMAHNYA SAKIT
ITULAH MASA MUSIM PENYAKIT
BANYAK LAH MENINGGAL BESAR DAN DAMIT

APABILA TUAN ARBING MENDENGAR SUDAH
KAMPUNG HULU MAHU DIPINDAH
HILIRNYA KELAUT MELIHATNYA TANAH
TIADA PEDULI TINGGI DAN RENDAH

MENJADI PENGATUR TUAN NYA ARBING
DIBUKAKAN REZAB DARAT DAN TAMBING
HUTANNYA SAMAK BARSERAI PIMPING
DIBERINYA NAMA KAMPUNG PIMPIN G

TUANLAH ARBING MULA PERTAMA
KAMPUNG PIMPING DIBERI NAMA
DITANAH INI KAMU YANG PUNYA
KAMU BERTEMPAT SELAMA-LAMA.

Sekiannn ...