Saturday, 20 December 2014

Sejarah Kampung Pimping

ASSALAMUALAIKUM ....
                                 
                                        Sejarah Awal Kampung Pimping
 
Kampung Pimping merupakan sebuah penempatan suku kaum Brunei dalam Daerah Membakut. Dengan kepadatan penduduk melebihi 8000 orang dan mempunyai keluasan 7 batu persegi, iaitu hampir meliputi setengah daripada keluasan Daerah Membakut, Kampung Pimping dianggap sebagai sebuah kampung yang mempunyai penduduk teramai sekali serta antara kampung yang terbesar dalam Negeri Sabah. Selain daripada suku kaum Brunei, terdapat juga beberapa suku lain yang menetap di kampung ini, seperti kadazan/dusun, Cina, Paitan, Pagan dan lain-lain lagi.

Berdasarkan temubual bersama Pn.Hajjah Mariam Hj. Abdullah, 90 tahun, sejarah awal penempatan suku kaum Brunei di Kampung Pimping ini adalah bermula di ‘rumah lama’ iaitu sebuah kawasan yang berhampiran dengan sawah padi. ‘Rumah lama’ telah dibuka oleh Orang Kaya Tarsad (seorang pembesar Brunei) yang kemudiannya menjadi ketua kampung rumah lama ketika itu. Setelah beberapa lama mereka menetap di rumah lama ini, mereka telah digemparkan dengan serangan wabak penyakit (menurut satu pendapat mengatakan wabak taun dan ada juga sebilangan pendapat yang mengatakan wabak cacar). Wabak ini berlanjutan sehinggalah menyebabkan kematian Orang Kaya Tarsad serta ramai lagi penduduk kampung. Pengiran Damit kemudiannya mengambil alih jawatan Orang Kaya Tarsad sebagai Ketua Kampung. Namun, wabak tersebut masih lagi berleluasa.

Tuan Arbing mencadangkan agar penduduk kampung berpindah ke tempat lain. Setelah keputusan dibuat sebulat suara, maka Tuan Arbing pun mencari kawasan untuk dijadikan penempatan mereka yang baru. Akhirnya Tuan Arbing menemui sebuah kawasan semak yang luas dan rata serta sesuai untuk dijadikan penempatan. Setelah kawasan tersebut dibuka, maka ramailah penduduk kampung rumah lama berpindah ke kawasan tersebut dan terus menetap di sana.

Menurut sejarahnya, perkataan ‘Pimping’ adalah diambil daripada perkataan dusun sempena nama sejenis rumput atau lalang yang tumbuh dengan meliar di penempatan baru itu. Kisah tentang sejarah awal Kampung Pimping ini ada tercatat dalam syair brunei yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Moksin Said (seorang tokoh budayawan Kampung Pimping) 



Ni adalah syair bagaimana Kampung Pimping diberi nama yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Moksin ^-^





MENGAPA KG. PIMPING DIBERI NAMA

BISMILAH INI MULA NYA DI KATA
HALHAMDULILLAH MENGIKUTLAH SYARAT
BERKAT SYAFAAT PENGHULU KITA
KERTAS DAN DAKWAT BUAT CERITA

KISANYA DIBUAT MULANYA PERTAMA
INGATAN KG. DIRUMAH LAMA
SESEORANG AMPUNYA NAMA
TAHUN 12 ITULAH LAMA

JADI KETUA  ORANG KAYA TERSHAT
DARI BERUNEI BUKANNYA SESAT
BELIAU TERPILIH MENDAPATNYA PANGKAT
KUASA KAMPUNG JAUH DAN DAKAT

KETUA DAHULU BUKANNYA SOMBONG
RUMAHNYA DI AIR BERSAMBUNG-SAMBUING
SAMA BUATAN BALAHNYA BUBUNG
RATA BARISNYA TIANGNYA NIBUNG

RUMAH DAHULU RATA BERJUNTUN
SEHINGGAH SAMPAI PANGKALAN KABUN
DAHULU RAJIN RAMAI BERDUDUN
BERCAMPUR DENGAN ORANGNYA DUSUN

DIRUMAH LAMA ADANYA MASJID
ORANGNYA BANYAK BUKAN SEDIKIT
DIMASA ITU MUSIM PENYAKIT
ORANG KAYA TERSHAD PUN JATUH SAKIT.







 KETUA KAMPUNG

SAKIT BELIAU BERTAMBAH BERAT
MAKIN SEHARI MAKINNYA KUAT
HENDAK PUN MAKAN TIADA LARAT
ALAMAT NYAWA PULANG AKHIRAT

SAKIT BELIAU SUDAHLAH PASTI
AKHIRNYA SAMPAI MEMBAWA MATI
SEKALIAN ORANG BERSUSUAH HATI
PENGIRAN DAMIT PULA MENGANTI

DIGANTI OLEH PENGIRAN DAMIT
DAHULU BELUM ADA RUMAHNYA SAKIT
ITULAH MASA MUSIM PENYAKIT
BANYAK LAH MENINGGAL BESAR DAN DAMIT

APABILA TUAN ARBING MENDENGAR SUDAH
KAMPUNG HULU MAHU DIPINDAH
HILIRNYA KELAUT MELIHATNYA TANAH
TIADA PEDULI TINGGI DAN RENDAH

MENJADI PENGATUR TUAN NYA ARBING
DIBUKAKAN REZAB DARAT DAN TAMBING
HUTANNYA SAMAK BARSERAI PIMPING
DIBERINYA NAMA KAMPUNG PIMPIN G

TUANLAH ARBING MULA PERTAMA
KAMPUNG PIMPING DIBERI NAMA
DITANAH INI KAMU YANG PUNYA
KAMU BERTEMPAT SELAMA-LAMA.

Sekiannn ...







No comments:

Post a Comment